Khamis, 22 Mei 2014

Madu Tualang Asli ~ Tualang Utara Enterprise

~SELAMAT DATANG KE TUALANG UTARA ENTERPRISE~





KINI TELAH BERADA DI BEBERAPA KAWASAN. SILA CEK PADA RUANG PENGEDAR UNTUK MENGETAHUI DI MANA PENGEDAR BERADA..JIKA KAWASAN ANDA BELUM ADA PENGEDAR SILA HUBUNGI KAMI SEGERA..


MENGELUARKAN MADU TUALANG ASLI UNTUK PASARAN SELURUH MALAYSIA.


layari page kami:


https://www.facebook.com/pages/Madu-Tualang-Asli/1434080276851039




CARA MINUM MADU TUALANG KETIKA BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah tak lama lagi akan hadir bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun. Bulan yang mana tumpuan melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan ganjaran yang dijanjikan Allah pada umatnya. Lapar dan dahaga di siang hari dan berbuka puasa serta melakukan terawih di malam hari.
Banyak tenaga yang diperlukan dalam menjalani ibadah puasa ini. Jadi bagaimana untuk kita berpuasa sebulan tetapi melalui dengan bersemangat, rileks dan tidak penat. Jawapan nya anda perlu mengamalkan minum Madu Tualang Utara sepanjang berpuasa sebulan ini.

Ramai bertanya saya kalau bulan puasa cara minum madu macamana?Ok ikut cara yang selalu saya amalkan ketika ketibaan Ramadhan.

Berbuka Puasa

Tuangkan air sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam 1 mug dan dicampurkan dengan 2 @ 3 sudu besar madu tualang lalu dikacau.Amalkan setiap hari ketika waktu berbuka puasa dengan pengambilan buah kurma dan air madu tualang ini.Digalakkan anda bersolat maghrib selepas itu.Ketika anda mengambil wuduk dan bersolat proses peralihan dari madu(gula asli) menjadi tenaga semulajadi berlaku dalam tubuh anda.Selepas bersolat barulah anda teruskan pengambilan makanan yang lain.Madu yang diambil akan menyerap dalam tubuh dalam 15 minit kerana sifatnya yang halus. Untuk dapat rasakan kesegaran yang lebih masukkan ais batu serta perahan limau nipis kedalam air madu tualang tersebut. Ingat!!! berikan juga minuman sebegini kepada anak isteri anda. InsyaAllah ada keberkatannya dan anda boleh lihat kesannya.
Tidak dinafikan dengan cara ini anda haruslah berbelanja lebih sedikit kerana penggunaan madu yang agak lebih dari biasa. Tetapi sebenarnya masih jimat jika dibandingkan belian air tebu 2 plastik kosnya sudah rm6...begitu juga air yang lain2. Sedangkan air madu Tualang lebih berkhasiat kerana ia minuman multivitamin.

Anda digalakkan ulangi meminum air madu ini sebelum mengerjakan solat terawih dan sebelum tidur malam.

Sahur

Bangkit saja dari tidur minum 2 sudu madu @ air kosong yang dicampur madu sementara isteri atau ibu kita sedang menyediakan makanan.Jika tak sempat....minumlah madu selepas bersahur sebelum imsak.

InsyaALLAH.Jika anda teruskan amalan ini setiap hari ketika menjalani ibadah puasa anda akan merasa kesegaran dan tenaga yang berganda berbanding jika tidak mengambil madu.


Sekian.Selamat Berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan